Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup.
Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz,
Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku,
jua hatimu kali pertama kita berpandangan.
Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu.
Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’.
Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi. ♥♥ ^___^
AKU
Wednesday, January 25, 2012
✔ Innalillahiwainnailairojiu'n ••► Aku diuji lagi YA ALLAH,
✔ Subhanallah ••► UJIAN apa yang KAU berikan ini,
✔ MasyaALLAH ••► mengapa aku mempersoalkan TAKDIRMU lagi,
✔ Astaghfirullahaa'zim ••► Maafkan aku Ya Allah aku pertikaikan KEKUASAANMU,
✔ Allahhuakhbar ••► kuatkan HATI nuraniku hadapi semua ini dalam menggapai REDHAMU,
✔ Alhamdulillah ••► ku tahu selepas ini ada HIKMAH kebahagiaan PEMBERIANMU
✔ Subhanallah ••► UJIAN apa yang KAU berikan ini,
✔ MasyaALLAH ••► mengapa aku mempersoalkan TAKDIRMU lagi,
✔ Astaghfirullahaa'zim ••► Maafkan aku Ya Allah aku pertikaikan KEKUASAANMU,
✔ Allahhuakhbar ••► kuatkan HATI nuraniku hadapi semua ini dalam menggapai REDHAMU,
✔ Alhamdulillah ••► ku tahu selepas ini ada HIKMAH kebahagiaan PEMBERIANMU
Thursday, January 19, 2012
Bukan tangisan yang dipinta...
Ketika kecil kita menangis kerana hendak belaian manja..
Ketika kanak2 kita menangis kerana hendak keinginan yg disuka..
Ketika remaja kita menangis akibat dari hbgn cinta..
Ketika dewasa kita menangis bila diuji b'timpa2..
Pabila tua kita menangis bila anak2 tak peduli utk menjaga kita..
Pabila kita meninggal dunia barulah kita merasa ditangisi oleh smua,
namun bukan tangisan yg di pinta, tapi cukuplah sekadar doa sentiasa..
Ketika kanak2 kita menangis kerana hendak keinginan yg disuka..
Ketika remaja kita menangis akibat dari hbgn cinta..
Ketika dewasa kita menangis bila diuji b'timpa2..
Pabila tua kita menangis bila anak2 tak peduli utk menjaga kita..
Pabila kita meninggal dunia barulah kita merasa ditangisi oleh smua,
namun bukan tangisan yg di pinta, tapi cukuplah sekadar doa sentiasa..
♥ Jika dirimu dalam kesedihan,
Pesanlah pada hatimu..
Pasti akan ada pelangi akan mewarnai dirimu,
Jika bukan hari ini pasti suatu hari nanti,
perCayalah..♥
Jangan bersedih ditimpa musibah,
Dugaan menimpa sebagai ujian
Kuatkan hati dengan taqwa,
Iman didada sebagai penguat jiwa,
Cukuplah hanya ALLAH sebagai perlindung ,
Kerana DIA Maha mengetahui segalanya......
♥ Kalau nak Allah kita INGAT kita waktu SUSAH,
Jangan LUPA Dia waktu kita SENANG ♥
Pesanlah pada hatimu..
Pasti akan ada pelangi akan mewarnai dirimu,
Jika bukan hari ini pasti suatu hari nanti,
perCayalah..♥
Jangan bersedih ditimpa musibah,
Dugaan menimpa sebagai ujian
Kuatkan hati dengan taqwa,
Iman didada sebagai penguat jiwa,
Cukuplah hanya ALLAH sebagai perlindung ,
Kerana DIA Maha mengetahui segalanya......
♥ Kalau nak Allah kita INGAT kita waktu SUSAH,
Jangan LUPA Dia waktu kita SENANG ♥
Usah dicari dimana kesilapan dalam takdir yang ditetapkan oleh ilahi.
Tapi carilah punca kelemahan diri dalam menempuh ujian yang diberi..
Usah dicari dimana ketenangan yg tidak diberi oleh ilahi.
Tapi carilah punca keresahan yang tidak diundang menempuh di dlm hati..
Usah dicari mana nikmat yg allah tidak beri pada diri..
Tapi carilah punca kufur nikmat yg diri tidak tahu menghargai
Wednesday, December 28, 2011
UKHWAH IKATAN RABBANI
Dengan nama ALLAH yang Amat Pemurah lagi Amat Penyayang. Setinggi kesyukuran dihadapkan kepada ALLAH Taala atas kurniaan nikmat iman, islam dan masih diberikan nikmat nyawa untuk terus menghembuskan nafas-nafas Islam untuk menyampaikan dakwah. Dalam menyampaikan dakwah-dakwah Islam kita diseru untuk lakukannya secara berjemaah kerana disitu akan wujudnya kekuatan.
Antara tunjang kekuatan dalam berjemaah ialah Ukhuwwah. Inilah antara agenda utama apabila Rasulullah sampai ke Madinahal-Munawwarah iaitu membina ikatan ukhwah antara Muhajirin dan Ansar.
Firman Allah Taala yang bermaksud :
"Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara" (al-Hujurat : 10)”
Apakah itu ukhwah? Ukhwah ataupun persaudaraan menurut Imam Hassan Al-Banna ialah hati-hati dan roh-roh yang dihubungkan dengan ikatan akidah. Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga. Persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbuka) dan paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.
Ukhwah Islamiyyah berkonsepkan persaudaraan atau kasih sayang yang bermatlamatkan mardhatillah di mana ia merupakan kurniaan atau pemberian daripada Allah Taala. Dialah yang melontarkan kepada hati-hati hambaNya yang ikhlas dan suci.
Firman Allah swt yang bermaksud:
“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)
Ukhwah merupakan nikmat dari kekuatan iman dan ketakwaan yang melahirkan perasaan kasih sayang yang mendalam, rasa saling percaya mempercayai dan hormat-menghormati, sesama insan yang terikat dengan akidah Islamiah. Kesinambungan daripada perasaan ini melahirkan keikhlasan yang tidak berbelah bahagi untuk saling tolong-menolong, berkasih sayang, saling memaafi, setia kawan, dan sikap mulia lainnya. Tidak akan ada ukhwah tanpa iman dan takwa dan begitu juga sebaliknya.
"Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerananikmat itu, sebagai orang-orang yang bersaudara" (Ali 'Imran: 103)
APA YANG DIPERLUKAN DALAM UKHWAH?
Dalam berukhwah hendaklah mengikuti beberapa syarat yang digariskan oleh Islam, antaranya ialah:
1. Ikhlas
Ukhwah hendaklah dibina berlandaskan keikhlasan semata-mata kerana Allah Taala. Ukhwah yang dibina dari keikhlasan bebas dari sebarang elemen atau sifat kepentingan peribadi atau kerana kepentingan seseorang.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Suatu hari, seseorang melakukan perjalanan untuk mengunjungi saudaranya yang tinggal di suatu kampung. Maka Allah mengutus seorang Malaikat untuk mencegat di suatu tempat di tengah-tengah perjalanannya. Ketika orang tersebut sampai di tempat tersebut, Malaikat bertanya: “Hendak ke mana engkau?” Ia menjawab: “Aku hendak mengunjungi saudaraku yang berada di kampung ini.” Malaikat kembali bertanya: “Apakah kamu punya kepentingan duniawi yang diharapkan darinya?” Ia menjawab: “Tidak, kecuali kerana aku mencintainya kerana Allah.” Lantas Malaikat itu berkata (membuka identitinya): “Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dikirim kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah telah mencintaimu seperti engkau mencintai saudaramu.”
(hadith riwayat Muslim)
(hadith riwayat Muslim)
2. Disertai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Taala.
Seseorang Muslim mestilah memilih sahabatnya yang soleh dan bertaqwa supaya dapat membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada dirinya kerana seorang sahabat diumpamakan seperti cermin yang dapat dilihat padanya kecantikan dan kejelekan. Nabi Muhammad Shollallahu ‘alaihi wasallam telah menjelaskan akan kepentingan memilih sahabat yang baik sebagaimana yang disabdakan baginda yang bermaksud:
“Perumpamaan orang yang berkawan antara orang yang baik dengan orang yang jahat adalah seperti seseorang yang membawa minyak wangi dan seorang yang meniup dapur tukang besi. Orang yang membawa minyak wangi, mungkin dia akan memberikan kepadamu atau mungkin kamu akan membeli daripadanya dan mungkin kamu akan dapat bau yang harum daripadanya. Manakala orang yang meniup dapur tukang besi, mungkin beliau akan membakar pakaianmu, atau mungkin kamu akan mendapat bau yang tidak elok (daripada besi tersebut).”
(Muntafaq ‘Alaih)
Namun yang demikian bukanlah bererti seseorang yang soleh tidak boleh untuk bergaul dengan yang kurang baik atau kafir tetapi haruslah memelihara diri dari terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak baik bahkan jadikan mereka sebagaimad’u untuk kita kembalikan mereka kepada jalan Allah Taala.
3. Mereka yang berukhuwwah mestilah melazimi diri dengan manhaj Islam
Syarat yang seterusnya bagi mereka yang berukhwah ini mestilah melazimi diri mereka dengan peraturan ataupun manhaj Allah Taala sebagaimana yang terdapat di dalam ajaran Islam. Sumber penyelesaian pertikaian ataupun masalah mesti dirujuk kepada al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wasallam.
Sebagaimana sabda Nabi Shollallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud: “Dan dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, berkumpul keranaNya dan berpisah keranaNya”.
Jika disoroti kepada perjalanan hidup para sahabat, apabila mereka bertemu mereka tidak berpisah sehinggalah salah seorang daripada mereka membaca Surah al-Asr dan mengucapkan salam sesama mereka. Ini adalah di antara contoh yang menunjukkan bahawa mereka berkasih sayang berteraskan manhaj Islam dan di atas dasar keimanan serta amal soleh.
4. Mempraktikkan amalan nasihat-menasihati
Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Taala di dalam Surah al-Asr yang bermaksud :
“Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran (di atas kepahitan kebenaran)”
5. Saling tolong-menolong dalam susah atau senang.
Di dalam Islam, persaudaraan adalah sesuatu yang amat penting sebagai asas kepada perjuangan. Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat telah menunjukkan contoh yang terbaik di dalam membantu dan menolong sesama mereka. Sabda Rasulullah Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud:
“Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling cinta-menyintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubunhnya berasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai akan kesakitannya” (Muntafaq ‘Alaih)
Ibnul-Mu'taz pernah mengungkapkan : "Siapa yang menjalin persahabatan, nescaya sahabatnya itu akan menjadi penolong baginya."
Yang demikian itu adalah di antara syarat-syarat yang digariskan dalam satu hubungan persaudaraan yang di bina agar ianya menjadi satu ikatan akidah yang berkekalan.
HAK-HAK DALAM BERUKHWAH
Dalam berukhwah juga perlu diingatkan bahawa ianya mempunyai hak-hak yang perlu ditunaikan dalam memastikan ukhwah itu berkekalan antaranya ialah :
a. Memberi salam
b. Menjawab salam
c. Menziarahi sahabat yang sakit.
d. Mengiringi jenazah
e. Memenuhi undangan.
f. Mendoakan sahabat ketika bersin.
g. Menolong mereka yang dizalimi.
h. Memberikan perhatian kepada nasihat yang diberikan.
i. Menolong mereka yang kesusahan.
Saudara Muslimku yang dikasihi Allah Taala, pergaulan baik adalah faktor penyebab kekalnya ukhuwah.
"Pergaulan baik" merupakan ungkapan yang menghimpun seluruh sarana yang dapat meningkatkan hubungan antara diri kita dan sahabat. Dapat pula diertikan sebagai akhlak mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam dalam wasiatnya:
“Bertakwalah kepada Allah dimana saja engkau berada. Ikutilah kejelekan itu dengan kebaikan, nescaya kebaikan tadi akan menghapus kejelekan, dan berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yang baik.”
Banyak sekali ungkapan ulama-ulama terdahulu yang membicarakan tentang pergaulan
baik dan kewajiban seseorang terhadap sahabatnya.
Abu 'Atahiyah berkata: Ali Ibnu Haitsam ditanya, "Apa kewajiban seseorang terhadap
sahabatnya?" Ia menjawab: "Menyimpan rahsianya, simpati ketika dalam kesusahan, dan
memaafkan kesalahannya."
Seorang dari suku Quraisy berkata: "Bergaullah dengan manusia sehingga jika engkau
jauh, mereka merindukanmu, dan jika engkau mati, mereka menangisimu."
Ini merupakan ungkapan yang amat berharga, membuka peluang seluas-luasnya untuk terus berpacu dan berijtihad dalam mencari sarana-sarana yang dapat merealisasikan pergaulan
yang baik.
Adapun dalam melayari bahtera persaudaraan ini akan ada pasang surutnya tetapi sebagai muslim yang berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah perkara ini adalah ujian bagi penguat ukhwah itu sendiri dan untuk menghadapinya perlu mengenal pasti virus-virus atau noda-noda perosak ukhuwah yang harus di hindari tidak lebih dari usaha agar mampu mewujudkan pergaulan yang baik di antara kita.
Antara virus-virus ukhwah ialah :
1. Tamak akan kenikmatan dunia.
2. Lalai menjalankan ibadah dan melanggar tuntutan agama.
3. Tidak santun dalam berbicara
Contoh : berbicara dengan nada suara yang tinggi atau menggunakan kata-kata yang kasar
tidak mendengar sarannya, enggan menatapnya ketika berbicara atau memberi salam, tidak
menghargai keberadaannya
4. Sikap acuh
5. Mengadakan berbicaraan rahsia
6. Keras kepala dan enggan menerima nasihat
7. Sering berbantah, bersikap sombong dan kasar
8. Memberi teguran di depan orang lain
9. Mudah percaya terhadap hasutan orang yang mengadu domba dan berdendam dengki
10. Membuka aib
Kesimpulannya, setelah mengetahui syarat-syarat yang diperlukan dalam membentuk ikatan ukhwah, hak-hak yang perlu ditunaikan untuk memastikan ukhwah berpanjangan dan noda-noda ukhwah yang harus dijauhi dalam pembinaan ukhwah itu, perkara-perkara ini harus dipraktikkan dalam kehidupan muslim itu bukan hanya dijadikan teori yang hanya ditatap tanpa tindakan.
Wallahu ‘alam.
Disediakan oleh :
Nuraini binti Abdullah
Timb. Pengerusi HEWI
Keluarga Penuntut Terengganu,
PMRAM Cawangan Terengganu.
Timb. Pengerusi HEWI
Keluarga Penuntut Terengganu,
PMRAM Cawangan Terengganu.
Disemak oleh :
Felo MANHAL PMRAM
Tuesday, December 27, 2011
TIDUR
Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.Tidur dan bangun yang lambat boleh mengakibatkan kesan buruk seperti kerosakan pada hati. Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman.
Punca utama kerosakan hati adalah:
- Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
- Tidak buang air kecil di pagi hari.
- Terlalu banyak makan.
- Tidak mengambil sarapan.
- Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
- Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
- Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
- Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:
Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.
- Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
- Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
- Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.
- Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.
- Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.
- Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.
Waktu-Waktu Bahaya Kepada Jantung Manusia (majalah isihat)
Tahukah anda, tersekat dalam kesesakan trafik boleh meningkatkan tekanan darah dan risiko serangan jantung sehingga 3 kali ganda? Bukan itu sahaja, untuk makluman anda sebenarnya terdapat beberapa waktu yang boleh menyebabkan risiko serangan jantung meningkat secara dramatik. Waktu-waktu bahaya kepada jantung manusia yang perlu diberi perhatian antaranya:
1. Waktu Bangun Dari Tidur
Risiko serangan jantung meningkat sebanyak 40% pada waktu pagi,
ini kerana sebaik bangun dari tidur, tubuh merembeskan adrenalin
dan lain-lain stres hormon, meningkatan tekanan darah dan permintaan
terhadap oksigen. Pada waktu ini juga darah di dalam badan kita pekat
dan sukar untuk dipamkan kerana tubuh separuh terhidrat.
Lindungi Diri Dengan Cara:
- Beri sedikit masa pada tubuh anda sebelum betul-betul sedar atau bangun daripada tidur. Janganlah terus bangkit dari tidur dengan serta merta dan tarik nafas dalam-dalam selama beberapa minit.
- >> Lakukan senaman ringan pada tubuh badan.
2. Waktu Pagi Isnin
Sekitar 20% serangan jantung berlaku pada pagi Isnin
mungkin kerana berasa stress dan murung untuk kembali bekerja.
Lindungi Diri Dengan Cara:
- >> Cuba tidur dan bangun pada waktu yang tetap setiap hari. Bangun awal selepas tidur lewat pada hujung minggu boleh menaikkan tekanan darah kerana tubuh berasa lesu dan ritma semula jadi tubuh terganggu.
3. Waktu Makan Berlebihan
Kajian menunjukkan hidangan kaya lemak dan karbohidrat
mengecutkan salur darah menyebabkan darah mudah bergumpal.
Lindungi Diri Dengan Cara:
- >> Amalkan cara pemakanan yang sihat.
- >> Mengambil aspirin setiap hari membantu mencegah darah daripada bergumpal.
4. Waktu Dalam Tandas
Meneran semasa qadha hajat (buang air besar) memberi kesan kepada dada,melambatkan pengaliran darah ke jantung.
Lindungi Diri Dengan Cara:
- Untuk mengelakkan daripada meneran, makan lebih banyak serat dan minum banyak air.
5. Waktu Melakukan Aktiviti (yang tidak biasa dilakukan)
Hormon stres naik mendadak mengakibatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat.
Lindungi Diri Dengan Cara:
- >> Kerap melakukan senaman bagi melindungi jantung, tetapi tingkatkan tahap intensiti secara berperingkat.
6. Waktu Bimbang Dan Runsing
Rasa bimbang yang ekstrem meningkatkan tekanan darah, kadar degupan jantung dan paras hormon adrenalin.
Lindungi Diri Dengan Cara:
- >> Tenangkan diri.
Sumber Rujukan: Majalah iSihat
Subscribe to:
Posts (Atom)









