AKU

Showing posts with label PERKONGSIAN. Show all posts
Showing posts with label PERKONGSIAN. Show all posts

Wednesday, June 12, 2013

Kita selalu dengar macam ni kan?

Eleh, sibuk nak nasihat orang, diri sendiri pun tak betul. Sibuk. Jaga tepi kain sendiri dah laa

Cermin diri tu dulu sebelum nak nasihat org!!!!


Dh macam ibu ketam ajar anak berjalan lurus'...padahal ibu ketam pun jalan sengat,mengiring...(maksudnya nak ajar org jalan lurus tapi diri sendiri pun senget)




Ngee....... pernah jumpa tak? pernah kena tak? Tak pernah? bagus......... Itu maksudnya kita di kelilingi oleh orang-orang yang suka menegur, memberi nasihat dan juga menerima nasihat. Kan? kalau yang penah dengar atau penah terkena lepas menegur org,itu tandanya anda didekati orang yang taksub dengan kehidupannya sendiri.Imam Hasan Al Basri juga dengan rendah diri mengatakan :-

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."- Imam Hasan al-Basri-

Dengan 1 gambar ni, mungkin boleh kita bongkarkan apa yang terzahir mahupun batin daripada gambar ini.



Dah tengok gambar? Bila dinasihatkan, dia kata apa? kau bukan ustaz nak sound2 aku nie. Lagi bila kawan dah jadi ustaz, dia kata? kau bukan tok guru pulak. Bila kawan dah jadi tok guru, dia kata apa pulak? Kau bukan ulama' nak tegur2 aku. Dan kemudiannya bila mati nanti memang lah kubur masing2.xde kongsi2..tapi dikala berkesempatan ni lah kita perlu nasihat menasihat dan ingat mengingati kan......? bila dh masuk kubur,menyesal pun tak guna..



Kita tak perlu mencari orang yang sempurna untuk menegur kita.. dan kita tak perlu menjadi orang yang sempurna untuk menegur orang lain.. Kalau nk tunggu sempurna baru nk ditegur atau menegur,rasanya xperlu wujudkan amalan nasihat menasihati.Kau kau,aku aku....
orang arab selalu kata, NOBODY IS PERFECT!! 


Jadi tegurlah saya kalau saya salah, dan saya juga menegur bukan kerana saya betul dan awak salah, tapi kita setiap hari belajar untuk memperbaiki diri bukan? Dan pembaikan itu lebih baik apabila kita saling nasihat-menasihati... 

Wednesday, January 25, 2012

Aku~~~

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup.
Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. 
Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. 

Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. 

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, 
Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku,
jua hatimu kali pertama kita berpandangan. 
Itu janji Allah. 

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. 

Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’.
 Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi. ♥♥ ^___^

Wednesday, December 14, 2011

Pengalaman pertama join ride jauh...

Tanggal 11.12.2011 adalah tarikh yang takkan ku lupa sampai bila2 yang mna pada hari tersebut aku turut serta dalam konvoi ke johor...Satu perjalanan yang jauh yang memberi pengalaman dan kenangan yang sangat bermakna padaku...
Ingin aku kongsikan pengalaman aku ini..

Pada pagi 11/12/2011 08.15 pagi,aku berkumpul di Shell Seksyen 13 bersama 6orang yang lain iaitu Zaim, Adib, Wan, Hafizi, dan sorg lg yang mereka gelarkan sbg klon Faizal tahir...hehehe

Tepat jam 8.30pagi,kami memulakan perjalanan.Dalam perjalanan ke Batu Pahat, dua tiga kali kami berhenti atas sebab-sebab yang menghalang kami dari teruskan perjalanan.Kali pertama kami berhenti di hentian Seremban Kali keduanya kami berhenti di hentian ayer Keroh yang mane ketika itu angin sangat kuat sampai rasa macam nak terbang.Kami sempat berhenti di sempadan Johor.Dan kali ketiga kami berhenti pula di Hentian Tangkak.



Bersama Zaim dan Helmy di RNR Seremban

Klon Faizal Tahir


Sedang berbincang untuk perjalanan seterusnya



Berhenti sebentar di sempadan Johor Darul Takzim untuk bergambar kenangan

Selepas itu kami meneruskan perjalanan yang mana sehingga di pertengahan jalan nak ke Pagoh kami terpaksa berhenti akibat angin yang kuat dan hujan.Selepas beberapa minit kami meneruskan perjalanan semula.

Berehat sebentar berlindung dari hujan
Antara FZ yang turut serta



Thursday, November 10, 2011

15 Fakta Tentang Senyum



Sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.”(Hadis riwayat At-Tirmizi)
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan.
Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit.
Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa.
Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.
Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan.
Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik.
Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.

Tuesday, July 19, 2011

Asing di Negara sendiri,tapi tiada yang asing di negara orang

Semalam sedang aku berjalan di kawasan tempat tinggal ku,satu suasana yang agak menarik perhatian ku...
Kawasan kampung ku merupakan salah sebuah kawasan setinggan yang mana pelbagai kaum yang tinggal termasuklah cina,india,bangladesh,nepal,indonesia dan lain-lain.Pendek kata memang satu Malaysia lah...
Ketika aku meronda-ronda di kawasan tersebut,aku melalui sebuah kawasan perumahan orang Indonesia.Sangat meriah suasana di situ hingga menimbulkan tanda tanya padaku.

Adakah disitu ada pergaduhan kaum?
Ada pesta kegembiraan kah?

Rupa-rupanya mereka sedang bergotong-royong untuk menjayakan satu kenduri di antara mereka-mereka.
Bagiku mereka sangat muhibbah biarpun mereka berada di negara orang.Semangat setiakawan dan kerjasama antara mereka masih tidak hilang.

Dalam pada itu aku menilai semula masyarakat Malaysia sendiri.Masih ada lagikah muafakat antara kaum?
mungkin di kampung ada tetapi dibandar?
Jiran masih mengenal jiran yang lain kah?


 Sikap masing-masing yang amat mementingkan diri sendiri.



Masing-masing berlumba untuk menang tanpa mengira sesiapa yang tertindas.

Aku lebih suka hidup di kampung berbanding di bandar.Cukup tenang bagiku..







Penduduknya yang ramah-ramah dan sentiasa bersatu padu...erm bahagia rasanya...