AKU

Thursday, June 28, 2012

LUAHAN SEORANG ANAK



Selamat hari bapa,ayah!!!
Selamat hari bapa,abah!!!
Selamat hari bapa,papa!!!
Selamat hari bapa,abi!!!
Selamat hari bapa,daddy!!!


Pelbagai gelaran diberi untuk seorang insan yang turut sama-sama membantu si ibu membesarkan anak...Insan ini turut dihargai dan wujud lah hari bapa sempena menghargai pengorbanan insan-insan ini dalam membesarkan anak-anak mereka.
Kebiasaan hari bapa disambut pada minggu ketiga dalam bulan Jun setiap tahun....
Ramai yang menyambutnya..kelihatan pun sangat meriah mereka meraikan bapa-bapa mereka....
Disini,aku tertanya-tanya perlukah aku turut meraikannya?dengan siapa?adakah dengan bapaku sedangkan dia tiada disisiku?


Hati aku sebak melihat mereka bersama bapa mereka bergembira meraikan bapa mereka..
memberikan hadiah tanda penghargaan pada bapa mereka...
Berkumpul makan bersama dikala hari tersebut....
Dan yang paling menyedihkan aku apabila melihat mereka memeluk bapa mereka tanda kasih akan bapa mereka...
Tetapi aku hanya dapat melihat dan menumpang gembira melihat mereka....
Dalam masa yang sama menangisi kerana merindui bapa sendiri...


Bukan aku tiada bapa....bukan aku kehilangan bapa...
Bapa ku ada, tidak pernah pergi.Tetapi kadangkala aku tidak merasakan kehadirannya...
Sejak kecil aku seakan kekurangan kasih seorang ayah.Bukan seperti kanak-kanak yang lain, aku dari kecil tidak diajar dibelai atau bermanja dengan ayah sendiri.Sukar untuk mendapat pelukan dan belaian dari ayahku.Mungkin ibu dan ayah ku berlainan cara membesarkan ku.Tapi aku seakan merindukan belaian mereka.

Aku pernah mendengar bahawasanya ketika dewasa tidak perlu malu untuk memeluk atau bermanja dengan ibu bapa kerana tika itulah saat-saat untuk mereka merasakan kasih sayang dari anak-anak.Dan saat itu juga sangat pendek untuk mereka kerana saat untuk mereka menikmati hidup sangat terhad.

Terdetik di hati untuk aku menggunakan saat-saat yang ada untuk mencurahkan kasih sayang ku padanya terutama abah ku kerana ku tahu masa ku singkat untuk bersama mereka.Aku sangat merindui ayah ku.Mengapa saat-saat ini dia tiada bersamaku...

Abah,...
Andai engkau tahu isi hatiku...
aku sangat menyayangi mu dan merinduimu...
Ingin sekali aku mengucup pipi dan dahimu tanda kasihku padamu...
Ingin sekali aku memelukmu tanda aku memerlukanmu...
Ingin sekali aku duduk bersamamu menceritakan setiap kisah hidupku yang ku lalui...
Ingin sekali aku diusap rambut olehmu ketika tidurku...
Ingin sekali aku melihat senyummu atas setiap kejayaan ku...
Ingin sekali aku menjadi makmummu tika solatku....
Namun adakah itu semua sekadar mimpi?
Adakah itu semua khayalan semata?
yang takkan menjadi kenyataan...

Abah...
Seribu keampunan ku pohon....
seribu kemaafan ku pinta....
atas segala khilaf selama hidupku...
atas segala kekasaran tutur bahasa ku...
atas segala kebiadapan ku...
Dan atas segala kesilapanku...


Biarpun kau begitu ku tahu kau juga turut menyayangiku...
aku tahu kau juga ingin sekali menjadi ayah yang terbaik untukku....
Aku sentiasa mendoakan kesejahteraanmu...
aku sentiasa mendoakan engkau ditempatkan di kalangan penghuni-penghuni syurga...
Juga aku harapkan aku bersamamu di saat-saat akhirmu.......