AKU

Tuesday, July 19, 2011

Asing di Negara sendiri,tapi tiada yang asing di negara orang

Semalam sedang aku berjalan di kawasan tempat tinggal ku,satu suasana yang agak menarik perhatian ku...
Kawasan kampung ku merupakan salah sebuah kawasan setinggan yang mana pelbagai kaum yang tinggal termasuklah cina,india,bangladesh,nepal,indonesia dan lain-lain.Pendek kata memang satu Malaysia lah...
Ketika aku meronda-ronda di kawasan tersebut,aku melalui sebuah kawasan perumahan orang Indonesia.Sangat meriah suasana di situ hingga menimbulkan tanda tanya padaku.

Adakah disitu ada pergaduhan kaum?
Ada pesta kegembiraan kah?

Rupa-rupanya mereka sedang bergotong-royong untuk menjayakan satu kenduri di antara mereka-mereka.
Bagiku mereka sangat muhibbah biarpun mereka berada di negara orang.Semangat setiakawan dan kerjasama antara mereka masih tidak hilang.

Dalam pada itu aku menilai semula masyarakat Malaysia sendiri.Masih ada lagikah muafakat antara kaum?
mungkin di kampung ada tetapi dibandar?
Jiran masih mengenal jiran yang lain kah?


 Sikap masing-masing yang amat mementingkan diri sendiri.



Masing-masing berlumba untuk menang tanpa mengira sesiapa yang tertindas.

Aku lebih suka hidup di kampung berbanding di bandar.Cukup tenang bagiku..







Penduduknya yang ramah-ramah dan sentiasa bersatu padu...erm bahagia rasanya...