AKU

Thursday, November 10, 2011

Erti “CINTA,KASIH, SAYANG & HATI” selepas berkahwin…

C- Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tidak melanggar batas agama
I-  Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bukan praktikal sebelum bernikah)
N- Nikah didahulukan sebagai pembuka gerbang kebahagiaan
T- Timang cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang sesama.
A- Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.
K- Kasih berputik dikala pertunangan diikat dan akan menjadi halal.
A- Akad dilafaz cinta berbunga
S- Suami disanjung tinggi dan dikasihi
 I-  Isteri disayangi dan dimanjai
H- Harumlah kasih sepanjang zaman

S- Sayangkan isteri kasihkan suami selalu
A- Ada masalah, dibincangkan bersama dengan penuh romantis
Y- Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A- Amalkan hidup bertoleransi dan berkasih sayang
N- Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama dalam perhubungan.
G- Gaduh sesekali tu perkara biasa. Namun sekali kala, sebelah pihak perlu mengalah untuk kebaikan bersama.
H- Hati suami mesti dijaga
A- Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T- Tanggung-jawab dipikul bersama
 I-  Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

Insyallah, moga maksud yang diterangkan dapat memandu isteri dan suami dalam melayari bahtera keindahan dalam perkahwinan dan berkekalan sehingga ke akhir hayat!

15 Fakta Tentang Senyum



Sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.”(Hadis riwayat At-Tirmizi)
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan.
Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit.
Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa.
Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.
Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan.
Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik.
Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.

Pedoman Sang Pencinta

1.)Tempuhlah jalan pertengahan dan keseimbangan dalam cinta dan benci. Pesan Rasulullah SAW :
“Cintailah kekasihmu dengan biasa-biasa saja, kerana boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi sesuatu yang kamu benci,dan bencilah sesuatu yang tidak kamu sukai dengan biasa-biasa saja, karena boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi sesuatu yang kamu sukai.”

(HR.BUKHARI,ABU DAWUD,TIRMIDZI,DAN IBNU MAJAH,DARI ABU HURAIRAH).

2.)Imam Ali bin Abi Thalib berkata :
“Jadilah engkau sebagai sumber kebaikan dan maafkanlah kesalahan orang lain, kerana kamu melihat dan mendengar sendiri apa yang kamu lakukan. Jika kamu mencintai seseorang, cintailah dia sedang-sedang saja, kerana kamu tidak tahu bila kamu akan mencabut cinta itu. Jika kamu membenci seseorang, bencilah dia sedang-sedang saja , kerana kamu tidak tahu bila kamu akan kembali mencintainya.”

3.)Riwayat lain mengatakan dimana Allah berfirman:
” Wahai hambaKu, AKU adalah kekasihmu yang pertama, kau cintai AKU di hari perjanjian,dan tatkala semua pecinta telah pergi meninggalkanmu, sedang AKU menghubungkanmu, maka kembalilah kepadaKU, nanti akan AKU muliakan engkau dengan kemulian pecinta.”

Monday, November 7, 2011

Diamku..

Diamku...
Tak bererti sembunyi.
Tak bererti setuju,
Tak bererti Sekutu..


Diamku,
Tak bererti membangkang,
Tak bererti Membenci,
Tak bererti juga menurut.


Diamku,..
Bukan sia-sia.
Bukan buang masa.
Bukan berfoya-foya.
Bukan juga bersahaja.


Diamku,..
Bukan tak rindu,
Bukan tak sayang,..
Bukan juga tak kasih..


Diamku,..
Hanya menyepi seketika.
Hanya berfikir sejenak.
Hanya Bertafakur sendirian...
Dan hanya mencari idea.
Agar jalan dapat ditentukan..

Hawa idaman si Adam..


Hawa,

engkau punya cita yang tidak dapat dirungkaikan,
Hadirmu satu pelengkap kepada si Adam,
Hadirmu bukan satu malapetaka malah hikmah,
Hadirmu penyeri,

Hawa,
Engkau memilih bukan kerana sifatmu,
tetapi pandanganmu nun disana,
engkau memilih demi yang terbaik,
bukan untuk dirimu yang satu tetapi keturunanmu,
Engkau bukan penggoda,
Tapi hakikat luarbiasa darimu memikat si Adam.

Hawa,
Engkau penyeri istana si Adam,
Lahirmu ibarat penyokong pada si Adam,
Tanpamu ibarat tiada lengkap.
Hilanglah penyeri hidup si Adam,
Kosonglah dunia tanpamu.

Hawa,
Tidak kau pinta untuk tamak,
Tidak kau pinta untuk angkuh,
Semua tu berlaku bermunasabah.
Lahirmu ibarat perancang negara yang cekap.
Engkau penuh emosi namun emosimu meruntun kasih si Adam.
Engkau penyeri dan engkau penghibur.

Wahai Hawa,
Engkaulah pujaan si Adam selamanya...

Duhai Malam..

Duhai malam,
biar gelap pandangan kasarnya,
namun sinar rambulan menyerikan gelap mu,
lampu neon dunia penambah sinar dunia,
menerangi malammu.

Duhai malam,
pernahkah engkau merindui siangmu,
atau antaramu saling merindui,
aku disini terpana akan ikatanmu dengan sisiang,
saling setia mengikat tugasmu,
saling lengkap melengkapi,
kala siang hilang maka malam mengganti tempat,
kala malam melabuh tirai siang gembira menyinari hari.

Duhai malam,
bagaimana jika siang kehilanganmu,
bagaimana siang menyeri jika kamu menyepi.
Pasti kosong tanpamu.

Antara Dua,..

Antara dua,


tiada kata dapat ku lafazkan,

tiada arah dapat ku pilih.

Keadaan memaksa utk ku memilih,
namun hingga kini masih belum bertemu jawapan.

Antara dua,
aku keliru,
salah satu harus ku pilih,
demi masa depan,
demi kebahagiaan,
namun jika disini ku pilih,
resah ku disana kan menyepi,
menyepi membawa diri.
Jika disana ku pilih,
risau ku tali sahabat kan terputus.

Antara dua,
moga diberi petunjuk olehNya.