AKU

Wednesday, June 29, 2011

TEMAN....

Erti sebenar sebuah persahabatan....
Apa nilai sebenar suatu persahabatan.....
Apakah ada ketetapan nilai dalam sebuah persahabatan itu....
Berhargakah persahabatan itu pada kita....

Persoalan ini sepatutnya ada pada setiap insan.Hari ini tergerak hati aku untuk mengupas mengenai hal ini...
Ini kerana apa yang telah terjadi pada aku sendiri.Semalam aku mula mengenal dan menyedari dimana dan bagaimana mereka disekeliling ku memandang pada nilai sesebuah persahabatan.Ternyata tak ramai yang memandang tinggi nilai sebuah persahabatan.

Bagi mereka,nilai sahabat itu ibarat sebatang pen yang boleh dibuang setelah tiada guna dan dibeli baru.Tika berguna ditatang tetapi bila dah tiada guna dibuang dan dicampak-campak.Aku sedih melihat pemikiran mereka yang seperti itu.

Bagi aku,sahabat adalah seseorang yang rapat dengan kita yang mana susah senang sentiasa bersama.Dikala kita menangis dia sentiasa ada bersama memberi kita kekuatan dan semangat.Dikala kita gembira dia turut bergembira dan sentiasa menyokong kita.Sememengnya sukar untuk mencari sahabat dizaman ini.terlalu banyak yang melencong dari niat sebenar.

Kemungkinan semalam aku telah menemuinya.Tetapi masih dalam pemerhatian.Namun aku masih menyayangi persahabatan antara aku dengannya.Aku berharap antara aku dan dia kekal bersahabat sampai bila-bila.