AKU

Wednesday, June 12, 2013

Kita selalu dengar macam ni kan?

Eleh, sibuk nak nasihat orang, diri sendiri pun tak betul. Sibuk. Jaga tepi kain sendiri dah laa

Cermin diri tu dulu sebelum nak nasihat org!!!!


Dh macam ibu ketam ajar anak berjalan lurus'...padahal ibu ketam pun jalan sengat,mengiring...(maksudnya nak ajar org jalan lurus tapi diri sendiri pun senget)




Ngee....... pernah jumpa tak? pernah kena tak? Tak pernah? bagus......... Itu maksudnya kita di kelilingi oleh orang-orang yang suka menegur, memberi nasihat dan juga menerima nasihat. Kan? kalau yang penah dengar atau penah terkena lepas menegur org,itu tandanya anda didekati orang yang taksub dengan kehidupannya sendiri.Imam Hasan Al Basri juga dengan rendah diri mengatakan :-

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."- Imam Hasan al-Basri-

Dengan 1 gambar ni, mungkin boleh kita bongkarkan apa yang terzahir mahupun batin daripada gambar ini.



Dah tengok gambar? Bila dinasihatkan, dia kata apa? kau bukan ustaz nak sound2 aku nie. Lagi bila kawan dah jadi ustaz, dia kata? kau bukan tok guru pulak. Bila kawan dah jadi tok guru, dia kata apa pulak? Kau bukan ulama' nak tegur2 aku. Dan kemudiannya bila mati nanti memang lah kubur masing2.xde kongsi2..tapi dikala berkesempatan ni lah kita perlu nasihat menasihat dan ingat mengingati kan......? bila dh masuk kubur,menyesal pun tak guna..



Kita tak perlu mencari orang yang sempurna untuk menegur kita.. dan kita tak perlu menjadi orang yang sempurna untuk menegur orang lain.. Kalau nk tunggu sempurna baru nk ditegur atau menegur,rasanya xperlu wujudkan amalan nasihat menasihati.Kau kau,aku aku....
orang arab selalu kata, NOBODY IS PERFECT!! 


Jadi tegurlah saya kalau saya salah, dan saya juga menegur bukan kerana saya betul dan awak salah, tapi kita setiap hari belajar untuk memperbaiki diri bukan? Dan pembaikan itu lebih baik apabila kita saling nasihat-menasihati... 

No comments:

Post a Comment