AKU

Tuesday, December 27, 2011

TIDUR

Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.Tidur dan bangun yang lambat boleh mengakibatkan kesan buruk seperti kerosakan pada hati. Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman.





Punca utama kerosakan hati adalah:



  • Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
  • Tidak buang air kecil di pagi hari.
  • Terlalu banyak makan.
  • Tidak mengambil sarapan.
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  • Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
  • Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
  • Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.




Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:

Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

  • Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
  • Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
  • Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.
  • Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.
  • Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.
  • Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.

Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.





Waktu-Waktu Bahaya Kepada Jantung Manusia (majalah isihat)





Tahukah anda, tersekat dalam kesesakan trafik boleh meningkatkan tekanan darah dan risiko serangan jantung sehingga 3 kali ganda? Bukan itu sahaja, untuk makluman anda sebenarnya terdapat beberapa waktu yang boleh menyebabkan risiko serangan jantung meningkat secara dramatik. Waktu-waktu bahaya kepada jantung manusia yang perlu diberi perhatian antaranya:



1. Waktu Bangun Dari Tidur
Risiko serangan jantung meningkat sebanyak 40% pada waktu pagi,
ini kerana sebaik bangun dari tidur, tubuh merembeskan adrenalin 
dan lain-lain stres hormon, meningkatan tekanan darah dan permintaan 
terhadap oksigen. Pada waktu ini juga darah di dalam badan kita pekat 
dan sukar untuk dipamkan kerana tubuh separuh terhidrat.

Lindungi Diri Dengan Cara: 
  • Beri sedikit masa pada tubuh anda sebelum betul-betul sedar atau bangun daripada tidur. Janganlah terus bangkit dari tidur dengan serta merta dan tarik nafas dalam-dalam selama beberapa minit.
  • >> Lakukan senaman ringan pada tubuh badan.

2. Waktu Pagi Isnin

Sekitar 20% serangan jantung berlaku pada pagi Isnin 
mungkin kerana berasa stress dan murung untuk kembali bekerja.

Lindungi Diri Dengan Cara: 
  • >> Cuba tidur dan bangun pada waktu yang tetap setiap hari. Bangun awal selepas tidur lewat pada hujung minggu boleh menaikkan tekanan darah kerana tubuh berasa lesu dan ritma semula jadi tubuh terganggu.

3. Waktu Makan Berlebihan
Kajian menunjukkan hidangan kaya lemak dan karbohidrat 
mengecutkan salur darah menyebabkan darah mudah bergumpal.

Lindungi Diri Dengan Cara: 
  • >> Amalkan cara pemakanan yang sihat.
  • >> Mengambil aspirin setiap hari membantu mencegah darah daripada bergumpal.

4. Waktu Dalam Tandas
Meneran semasa qadha hajat (buang air besar) memberi kesan kepada dada,melambatkan pengaliran darah ke jantung.

Lindungi Diri Dengan Cara: 
  •  Untuk mengelakkan daripada meneran, makan lebih banyak serat dan minum banyak air.
5. Waktu Melakukan Aktiviti (yang tidak biasa dilakukan)

Hormon stres naik mendadak mengakibatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat.

Lindungi Diri Dengan Cara: 
  • >> Kerap melakukan senaman bagi melindungi jantung, tetapi tingkatkan tahap intensiti secara berperingkat.

6. Waktu Bimbang Dan Runsing



Rasa bimbang yang ekstrem meningkatkan tekanan darah, kadar degupan jantung dan paras hormon adrenalin.

Lindungi Diri Dengan Cara: 
  • >> Tenangkan diri.

Sumber Rujukan: Majalah iSihat

No comments:

Post a Comment