AKU

Tuesday, December 20, 2011

NUKILAN MANIS DARI SAHABAT

Setiap orang mempunyai sejarah silam yg tersendiri, apa yg penting adalah diri seseorang itu pada masa sekarang, kerana kita sebenarnya tiada hak untuk menghakimi seseorang berdasarkan pengalaman lepas. Semoga hari ni lebih baik dari semalam, semoga esok lebih baik dari hari ini. Kepada yg mempunyai masa hari ini yg lebih baik secara lahiriah dan batiniah dibandingkan dengan masa silamnya, syabas diucapkan. Alhamdulillah, teruskan hijrah anda.

kite memang tidak layak untuk menghakimi..tapi sejarah itu jgk yg menentu kan kite hari nie..tanggapan sesetengah manusia pada hari ini yang suke menilai itu yg perlu di ubati..'mana mungkin sebiji buah yang telah busuk di makan ulat akan kite makan..'

Buah busuk yang dimakan ulat tu, kita ambil je mana lagi bahagian yang kita boleh makan dan bijinya kita tanam lain.., kita semai, kita baja dengan cara terbaik kita pulak... insyaAllah boleh tumbuh dengan subur..

Itu yg cuba diketengahkan.Contohnye . Jika seorang gadis diperkosa pada waktu silamnya dan pada waktu sekarang berhajat untuk mendirikan rumah tangga bersama seorang muslimin yang sedia menerima seadanya tapi ditentang keluarga lelaki gara2 perkara silamnya bila realitinya 'buah' itu sendiri yg dimamah 'ulat' dan bukan atas pilihan 'buah' itu sendiri..tp sayang, mentaliti ini wujud secara amnya.

Don't judge a book by it's cover. Penerimaan pada masa sekarang adalah penting untuk kemajuan hakikat ummah pada masa hadapan. Jika seseorang itu memilih sesuatu yang bermanfaat untuk dirinya dan masyarakat utk menebus kesilapan silam, kita bantulah.

Manusia memang diberikan peluang untuk berubah , cuma mahu atau tidak sahaja. Didalam situasi tersebut juga dipengaruhi oleh beberapa faktor2 yang menyebabkan manusia itu ingin berubah atau tidak. selagi kita boleh bantu, kita bantu lah. mereka bukan orang lain, manusia seperti kita juga. Kita bukannya TUHAN nak menghukum seseorang itu daripada kisah silam mereka.

Dilema tu wujud dari sentimen setempat dan lokaliti keadaan . InsyaAllah, jika ada ruang dan peluang untuk menjalankan secara syariah Islam dan rujukan al-Quran dan sunnah, jalankanlah. InsyaAllah itu penyelesaian terbaik.

 Jgn berputus asa , semua yang datang itu ujian, satu nikmat hidup juga. bersangka baiklah dgn kehidupan dan berlapang dadalah dgn ujian. 

Petikan kata-kata dari seorang sahabat yang aku kagumi...

No comments:

Post a Comment